MBPJ anjur majlis penyampaian sumbangan Pasukan Keselamatan Kejiranan - Utusan Malaysia

MBPJ anjur majlis penyampaian sumbangan Pasukan Keselamatan Kejiranan

MOHAMAD Azhan Md Amir (kiri) mengiringi Lee Chean Chung menyampaikan sumbangan kepada wakil Persatuan Penduduk Seksyen 5.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan majlis penyampaian sumbangan Pasukan Keselamatan Kejiranan Petaling Jaya (PKKPJ) 2023 di Dewan Sivik MBPJ baru-baru ini.

Pada tahun ini MBPJ memperuntukkan RM600,000 bagi program PKKPJ sebagai tanda sokongan MBPJ di dalam aktiviti pencegahan jenayah.

Penubuhan PKKPJ bertujuan mewujudkan suasana kejiranan setempat yang selamat dengan menggalakkan penglibatan Persatuan Penduduk (RA), Rukun Tetangga (RT) dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dalam program-program serta peka dengan isu-isu keselamatan.

MBPJ merupakan pihak berkuasa tempatan pertama mewujudkan program keselamatan itu.

Majlis penyampaian disempurnakan Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md Amir dan turut dihadiri Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya