MBPJ anjur kejohanan bot kawalan jauh - Utusan Malaysia

MBPJ anjur kejohanan bot kawalan jauh

ANTARA pemenang dan peserta yang menyertai ‘Petaling Jaya International Remote Control Powerboat Championship 2023’ di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sekali lagi mengadakan kejohanan ‘Petaling Jaya International Remote Control Powerboat Championship 2023’ di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya baru-baru ini.

Kejohanan itu merupakan kali ke-15 penganjurannya sejak pertama kali diperkenalkan pada 15 Januari 2009 diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-17 Bandar Raya Petaling Jaya yang disambut pada 20 Jun setiap tahun.

Kejohanan itu telah mendapat penyertaan 675 buah bot dengan 167 orang peserta dari dalam dan luar negara termasuk Brunei, Thailand, Vietnam, Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait.

MBPJ menjadikan program kejohanan itu sebagai acara rasmi tahunan dan kalendar Tourism Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya