Mahasiswa UM anjur Kem Selangkah Sejarah SPM - Utusan Malaysia

Mahasiswa UM anjur Kem Selangkah Sejarah SPM

AHLI jawatankuasa Jabatan Sejarah, Universiti Malaya yang terlibat dalam Kem Selangkah Sejarah SPM di SMK Seksyen 18, Shah Alam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 20 mahasiswa daripada Jabatan Sejarah, Universiti Malaya (UM) menganjurkan Kem Selangkah Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bersama 66 pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 18, Shah Alam.

Pengarah program, Tan Aik Kai berkata, Kumpulan Pendeta daripada UM itu mengadakan pelbagai aktiviti selama dua hari di sekolah itu dengan tujuan membantu mereka bagi menghadapi peperiksaan SPM 2024.

Katanya, kehadiran mereka sebenarnya adalah bagi membantu kalangan pelajar sekolah itu supaya berminat dalam subjek sejarah terutamanya.

“Peranan guru di sekolah memang tersedia tanggungjawab mereka tetapi kehadiran kami dari UM ini adalah sebagai nilai tambah dalam subjek yang diajar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya