GSEPP UUM santuni masyarakat - Utusan Malaysia

GSEPP UUM santuni masyarakat

KAMARUL Azman Khamis (dua dari kiri) menziarahi seorang warga emas di Naka Padang Terap, semalam.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pengarah Ghazali Shafie Graduate School (GSEEP) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Azman Khamis menyantuni seorang warga emas di Naka, Padang Terap semalam.

Program ziarah tersebut turut disertai Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Badrol Hisham dan Pengerusi Mahasiswa Padang Terap, Mohd Syahimi Nordin.

Kamarul berkata, GSEEP turun ke padang membantu dan bersama-sama dengan masyarakat tanpa mengira umur dan kaum.

Dalam pada itu, Kamarul juga meluangkan masa menyantuni masyarakat Kampung Perik dan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf.

“Progam itu juga dihadiri masyarakat setempat dalam mengeratkan ikatan ukhwah dan mengeratkan hubungan silatulrahim,” katanya.-

Katanya lagi, selain memartabatkan pendidikan sebagai agenda utama melahirkan graduan yang berkaliber melalui program kepimpinan dan sebagainya, GSEEP juga tidak terkecuali turun ke padang membantu masyarakat memerlukan

“ini juga merupakan kaedah untuk mendekatkan diri bersama masyarakat setempat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya