GSEEP UUM teruskan aktiviti ziarah - Utusan Malaysia

GSEEP UUM teruskan aktiviti ziarah

KAMARUL Azman Khamis (kiri) menziarahi keluarga seorang warga emas yang meninggal dunia baru-baru ini di Kampung Labi.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pengarah Ghazali Shafie Graduate School (GSEEP) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Azman Khamis menziarahi keluarga seorang warga emas yang meninggal dunia di Kampung Labi, semalam.

Program ziarah tersebut turut disertai Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Badrol Hisham.

Warga emas berkenaan, Allahyarham Che Puteh,84, meninggal dunia baru-baru ini.

Kamarul Azman turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga itu.

Kamarul berkata, GSEEP sentiasa turun ke padang untuk aktiviti ziarah dan bersama-sama dengan masyarakat tanpa mengira umur dan kaum.

“Keprihatinan dan kecaknaan bersama masyarakat ini perlu diteruskan di dalam membantu komuniti setempat.

“Mudah-mudahan akan lebih mengakrabkan lagi hubungan silatulrahim dan ukhwah,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya