80 sertai pendedahan penerbitan buku - Utusan Malaysia

80 sertai pendedahan penerbitan buku

SHARIL Nizam Shaari (tiga dari kiri) dan sebahagian peserta yang menghadiri program pendedahan penerbitan buku dan pameran penghasilan pelbagai bahan media.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 80 peserta menghadiri program pendedahan penerbitan buku dan pameran penghasilan akhbar, buku dan majalah anjuran Komuniti Buku Pengkarya Johor di Perbadanan Perpustakaan Awam Cawangan Tangkak baru-baru ini.

Pengerusi Penganjur, Mohd. Isnin Tawaf berkata, ceramah disampaikan Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Sharil Nizam Shaari.

Turut diadakan pameran penghasilan buku dan bahan media sejak 1980-an.

“Perubahan teknologi penerbitan sekarang amat memudahkan berbanding pada masa lalu. Tugas membuat reka letak, penyuntingan dan percetakan dibantu komputer, menjimatkan masa dan tenaga,” jelasnya.

Komuniti Buku Karya Johor aktif mengadakan program seperti Mencari Hamka, iaitu kursus pendedahan penulisan kepada generasi muda, pameran buku dan bicara tokoh ke arah menyemarakkan dunia penulisan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya