748 terima Kad Kesihatan Pahang Pride Kasih - Utusan Malaysia

748 terima Kad Kesihatan Pahang Pride Kasih

SABARIAH Saidan (tiga dari kanan) bersama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat dan penerima Kad Kesihatan Pahang Pride Kasih di Dewan Orang Ramai Durian Tawar, Bera, baru-baru ini. – UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 366 orang kurang upaya (OKU) dan 382 warga emas dalam Daerah Bera menerima Kad Kesihatan Pahang Pride Kasih bagi tahun ini.

Dengan nilai bantuan RM500 setiap pemegang Kad Kesihatan Pahang Pride Kasih boleh mendapatkan rawatan pesakit luar di 70 klinik panel yang berdaftar di bawah inisiatif program itu.

Sebanyak RM20 juta diperuntukkan tahun ini bagi menjayakan program Pride Kasih yang memberi manfaat kepada 40,000 golongan warga emas dan OKU di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Sabariah Saidan berkata, program itu tanda kasih Kerajaan Pahang pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail terhadap warga emas dan OKU di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya