60 pemain sertai Kejohanan Golf Alligator Grand Finale 2022/2023 - Utusan Malaysia

60 pemain sertai Kejohanan Golf Alligator Grand Finale 2022/2023

PEMAIN merakamkan kenangan di Kejohanan Golf Alligator Grand Finale 2022/2023 di Kelab Golf Tiara & Country, Jalan Gapam, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 60 pemain golf menyertai Kejohanan Golf Alligator Grand Finale 2022/2023 di Kelab Golf Tiara & Country, Jalan Gapam, Melaka baru-baru ini.

Presiden Kelab Golf Alligator, Kapten (B) Md. Noorizan Md. Yunus berkata, kejohanan itu dianjurkan buat kali ketujuh sejak kelab itu ditubuhkan pada 2017.

Menurutnya, ketika ditubuhkan, kelab itu mempunyai 30 ahli dan sehingga kini telah meningkat kepada 130 pemain yang datang bukan sahaja dari Melaka tetapi Kuala Lumpur; Muar, Johor dan Negeri Sembilan.

“Kelab ini lebih tertumpu untuk mengeratkan ikatan silaturahim dalam kalangan pemain terutama pada kejohanan bulanan yang diadakan sepanjang 2023,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya