KANGAR : Lebih 100 ibu bapa menyertai program ceramah motivasi di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Awana, Alor Setar hari ini.
Dalam program berkenaan, Pengarah Ghazali Shafie Graduate School (GSEEP) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Azman Khamis turut dijemput menyampaikan ceramah.
Turut sama, Pengarah Institut Aminuddin Baki cawangan Utara, Dr. Johari Ariffin.
Majlis perasmian program itu disempurnakan Pegawai Perhubungan Yayasan Pelajaran Mara Kedah, Haris Che Mat
Motivasi bertemakan anak baik lagi cerdik itu juga disertai dua ibu bapa orang kelainan upaya (OKU) yang cacat penglihatan.
Kamarul Azman berkata, perkongsian sesi ceramah berkenaan bertujuan membentuk keperibadian akhlak yang baik dalam kalangan pelajar.
“Iaitu bagaimana mendidik anak-anak menjadi pelajar yang baik akhlaknya dan meliputi aspek, kerohanian dan pembelajaran berkesan,” katanya.-UTUSAN