YAYASAN Sultanah Bahiyah (YSB) menyampaikan sumbangan kepada 300 keluarga daripada golongan kurang berkemampuan di tiga daerah iaitu Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena di Hotel Star City Alor Setar, Kedah.
Pengurus Besar YSB, Misbah Abdul Hamid berkata, sumbangan itu disampaikan oleh Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Pengerusi YSB.
Katanya, setiap keluarga menerima sumbangan wang tunai RM250 dan lain-lain yang ditaja oleh pelbagai pihak termasuk kuih produk keluaran Program Pembanggunan Wanita YSB, kerepek, produk Olive House Aafiyat dan pek makanan Great Food Industries. – UTUSAN