SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) baru-baru ini menyantuni golongan kurang bernasib baik dengan sumbangan Wakalah Zakat Korporat berjumlah RM25,000.
Sumbangan itu disampaikan kepada lima rumah kebajikan dan pusat pengajian Islam iaitu Rumah Bakti Nur Ain Bangi; Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia; Pusat Kecemerlangan Sepanjang Hayat Bestari; Madrasah Irsyadul Quran dan Maahad Tahfiz Al-Falahiyyah.
Ia bertujuan membantu meringankan beban golongan anak-anak yatim asnaf, kanak-kanak kurang bernasib baik, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan mualaf.
Sumbangan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.
Majlis diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Dalam Negeri) KPDN, Datuk Roziah Abudin dan Pengerusi SSM, Ahmad Sabki Yusof. – UTUSAN