Program polis bersama masyarakat Orang Asli - Utusan Malaysia

Program polis bersama masyarakat Orang Asli

MUHAMAD Zaki Harun (dua dari kiri) menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak Orang Asli di Kampung Pasir Linggi di Gua Musang, Kelantan, baru-baru ini. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IBU pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan mengadakan Program Community Policing bersama masyarakat Orang Asli suku kaum Mendriq dan Bateq di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir baru-baru ini.

Program itu bertujuan memperkasa pendekatan mewujudkan rasa selamat dan kesedaran jenayah dalam kalangan masyarakat.

Hadir sama Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo.

Antara aktiviti yang dilakukan penyampaian sumbangan kepada 110 Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli, pertandingan nyanyian, pemberian duit raya dan jamuan makan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya