PIBG SMKSS kumpul dana naik taraf kemudahan sekolah - Utusan Malaysia

PIBG SMKSS kumpul dana naik taraf kemudahan sekolah

NOOR Mohamad Shakil Hameed (dua dari kiri) bergambar bersama replika cek yang diserahkan kepada Serina Jaafar (dua dari kanan) sempena Mesyuarat Agung PIBG SMKSS Kali Ke-41 baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERSATUAN Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang (SMKSS), Selangor berjaya mengumpul dana sebanyak RM87,497.25 melalui penganjuran Program Bacathon 2023 yang dilaksanakan 27 Mac hingga 30 April lalu.

Pengumpulan dana itu bertujuan untuk menaik taraf dua kemudahan utama di sekolah, iaitu penyelenggaraan Dewan Seri yang merupakan dewan pelbagai guna selain menyelenggara padang sekolah yang rosak dan menyukarkan murid menggunakan untuk aktiviti sukan.

Di samping itu, Program Bacathon juga dianjurkan bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid dengan melaksanakan beberapa aktiviti berbentuk pertandingan seperti pertandingan sudut nilam tercantik antara kelas, pertandingan bicara buku dan anugerah pembaca buku terbanyak.

Penyerahan replika cek dana kepada Pengetua sekolah, Serina Jaafar diadakan ketika Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-41 SMKSS disempurnakan Yang Dipertua PIBG, Noor Mohamad Shakil Hameed. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya