KANGAR: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Negeri Kedah menziarahi seorang remaja yang cedera akibat kemalangan di Kampung Tanjung Kuala Nerang di sini.
Kunjungan Penggerak yang diketuai pengerusinya, Dr. Kamarul Azman itu dilakukan bersama Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Badrol Hisham dan Pengerusi Mahasiswa Padang Terap, Mohd Syahimi Nordin.
Kamarul Azman turut meluang masa bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan.
“NGO dan kepimpinan masyarakat terpanggil untuk menziarahi dan semoga remaja tersebut pulih sepenuhnya.
“Belia adalah golongan yang akan meneruskan delegasi perjuangan bangsa, mudahan golongan ini akan terus produktif dalam membantu negara,” katanya.
Muhammad Muzakkir Che Pee terlibat dengan kemalangan dalam perjalanan pulang daripada tempat kerja sehingga mengakibatkan jari tangan terputus.- UTUSAN