Penggerak tinjau kampung Bendang Seng guna telaga tiup - Utusan Malaysia

Penggerak tinjau kampung Bendang Seng guna telaga tiup

KAMARUL Azman Khamis (empat dari kanan) meraikan penduduk sempena Aidilfitri di Kampung Bendang Seng, Padang Terap.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Penggerak Negeri Kedah meninjau sebuah perkampungan di Bendang Seng, Padang Terap yang masih menggunakan telaga tiup untuk mendapatkan sumber air.

Selain meninjau kawasan berkenaan, Penggerak yang diketuai pengerusinya, Dr. Kamarul Azman Khamis turut meraikan penduduk di situ sempena sambutan Aidilfitri.

Hadir sama, Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Badrol Hisham.

“Dalam tinjauan tersebut, kita melihat penduduk di situ masih menggunakan telaga tiub untuk penggunaan sumber air di kawasan itu.

“Dalam keadaan itu, kita meraikan mereka sempena Aidilfitri ini dan mereka turut menyambut dengan rasa gembira,” katanya di sini hari ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya