PASB UPSI rai Aidilfitri, 26 pegawai serta Exco terima watikah pelantikan - Utusan Malaysia

PASB UPSI rai Aidilfitri, 26 pegawai serta Exco terima watikah pelantikan

PRESIDEN PASB, Datuk Seri Ahmad Burak (lima dari kiri) menerima watikah jawatan daripada Ahmad Rizal Adnan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAJLIS mesra Aidilfitri anjuran Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini berlangsung meriah.

Program di hotel milik universiti berkenaan di Proton City, Tanjong Malim itu dirasmikan wakil rasmi Menteri Pendidikan Tinggi, Ahmad Rizal Adnan.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor UPSI, Prof. Dr. Norkhalid Salimin dan Timbalan Presiden PASB, Dr. Seri Lanang Jaya Rohani.

Turut hadir beberapa wakil rakan strategik PASB termasuk Pengarah Urusan Port Weld International Sdn. Bhd., Datin Noor Zuriyati Zamzuri dan wakil Meranti Marshal Sdn. Bhd., Datuk Mohd Emry Mohd Yusof.

Ia diserikan lagi dengan jemputan 50 pelajar Madrasah Tahfiz al-Rahmaniah, Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.

Pada majlis yang sama, seramai 26 pegawai dan Exco PASB UPSI diberi penghormatan menerima watikah pelantikan jawatan masing-masing yang disampaikan oleh Ahmad Rizal yang juga Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Turut menerima watikah pada majlis berkenaan ialah Burhanuddin Ariffin, Pengerusi Koperasi Suluh Budiman Muallim Berhad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya