KANGAR: Pengarah Ghazali Shafie Graduate School (GSEEP) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Azman Khamis mengambil inisiatif menziarahi dan menyantuni seorang penduduk yang sakit di Kampung Keda, Bukit Kura hari ini.
Dalam kunjungan tersebut, Kamarul Azman turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan hamper bagi membantu meringankan beban individu berkenaan dikenali sebagai Alias.
Dalam kunjungan tersebut, Kamarul Azman juga meluangkan masa bertanya khabar dan menyantuni penduduk kampung berkenaan.
“Sumbangan dan ziarah tersebut adalah sebagai tanda kecaknaan dan keperihatinan dalam dalam membantu mereka yang memerlukan.
“Kita akan meneruskan aktiviti-aktiviti kebajikan seperti ini dalam membantu golongan yang memerlukan khususnya di kawasan-kawasan kampung,” katanya.- UTUSAN