5,000 hadiri rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Pengerang - Utusan Malaysia

5,000 hadiri rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Pengerang

AZALINA Othman Said bergambar dengan orang ramai yang menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Pengerang di Bandar Penawar, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAJLIS rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Pengerang yang diadakan di Dewan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) Bandar Penawar, Kota Tinggi dihadiri kira-kira 5,000 orang.

Majlis yang bermula pukul 9 pagi hingga 12.30 tengah hari itu turut dimeriahkan dengan persembahan beberapa artis tanah air seperti Angah Raja Lawak, Along Cham, Tomok, Siti Nordiana, Ameng Spring, Ara Johari dan Baby Shima.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said turut menyampaikan sijil dan cenderamata kepada lima veteran UMNO Bahagian Pengerang sempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke-77.

Para tetamu dijamu dengan pelbagai juadah di 20 gerai yang disediakan usahawan di kawasan Parlimen tersebut. Golongan kanak-kanak turut menerima duit raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya