200 anggota Rela hadir sambutan Aidilfitri - Utusan Malaysia

200 anggota Rela hadir sambutan Aidilfitri

SEBAHAGIAN anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Negeri Pulau Pinang bergambar kenangan semasa Program Sambutan Aidilfitri 2023 di Hotel Seri Malaysia (HSM) Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 200 orang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Negeri Pulau Pinang menghadiri Program Sambutan Aidilfitri 2023 di Hotel Seri Malaysia (HSM) Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Setiausaha program, Muhamad Rizal Yusuf berkata, ia diadakan bertujuan meraikan dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan pegawai, kakitangan, ahli kehormat bersekutu dan anggota yang terlibat.

Pengarah Rela Negeri Pulau Pinang, Noriemie Ismail ketika berucap dalam majlis itu memberitahu, dalam aktiviti perjumpaan melibatkan pelbagai kaum yang sering diadakan, semangat kasih sayang di antara ahli pasti terjalin dengan sendirinya.

“Bertugaslah melalui kerjaya begini dengan semangat jujur untuk menceriakan keluarga sendiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya