20 kawah dodol diagih untuk komuniti Manjung - Utusan Malaysia

20 kawah dodol diagih untuk komuniti Manjung

PESERTA yang terlibat pada program Dodol Jiwa Murni di Marina Island Pangkor Hotel & Resort, Teluk Muroh, Lumut baru-baru ini. – IHSAN MARINA ISLAND PANGKOR HOTEL & RESORT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBANYAK 20 kawah dodol dimasak di Marina Island Pangkor Hotel & Resort di Teluk Muroh di Lumut sempena sambutan Aidilfitri, baru-baru ini.

Dodol menggunakan resipi Chef Eksekutif hotel tersebut, Obama Azmi dan dimasak secara bergotong-royong selama lapan jam, kemudian diagihkan secara percuma kepada masyarakat setempat.

Program itu dilaksanakan dengan kerjasama Markas Pendidikan dan Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM); Persatuan Bolasepak Orang Kudung Negeri Perak; Rumah Ngaji Teluk Muroh dan beberapa komuniti masyarakat tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Marina Island Pangkor, Ding Mei Looi berkata, program itu mampu memberi suntikan semangat kekitaan dengan cara bergotong-royong serta menggamit nostalgia beraya di kampung.

Sementara itu, Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM, Laksamana Muda Datuk Anuar Mohamed berkata, program itu selaras dengan konsep ‘TLDM dan masyarakat berpisah tiada’ serta sejajar aspirasi menjadikan Lumut sebagai Bandar Maritim yang mencerminkan nilai perpaduan, persefahaman dan kekitaan dalam komuniti di Manjung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya