130 pelajar jalan kaki kutip sampah - Utusan Malaysia

130 pelajar jalan kaki kutip sampah

PESERTA Program Walk for Clean 2023 bergambar kenangan di Pantai Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. – UTUSAN/ABD RAZAK OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 130 pelajar, termasuk dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah dan Universitas Brawijaya, Malang serta Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia menyertai Program Walk for Clean 2023 dengan aktiviti berjalan kaki mengutip sisa sampah di kawasan Pantai Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Jabatan Pengurusan, Fakuliti Pengurusan Perniagaan UiTM Cawangan Kedah dengan kerjasama Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Cawangan Sungai Petani menganjurkan program itu.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Kedah, Prof. Madya Dr. Kamarudin Othman berkata, program diadakan berjaya mengeratkan hubungan baik dan mesra semasa melakukan kerja-kerja itu di antara pelajar dan pihak-pihak berkenaan.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Alumni dan Keusahawanan Universitas Brawijaya, Dr. Romy Hermawan dan Ketua Pengurusan Pejabat Digital Universitas Airlangga, Dr. Rahmat Yuliawan turut hadir di program itu manakala majlis perasmian dilakukan oleh Pengarah SWCorp Cawangan Kedah, Nordin Amat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya