ARAU: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Penggerak negeri Kedah menziarahi seorang warga emas dan menyampaikan bantuan di Kampung Tanjung Luar, Pedu, Padang Terap di sini, semalam.
Kunjungan diketuai Pengerusi Penggerak Negeri Kedah, Dr. Kamarul Azman Khamis bersama ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Padang Terap itu meluangkan masa beramah mesra bersama warga emas tersebut, Saodah, Husin,70,.
Warga emas yang uzur itu menerima sumbangan hamper dan bantuan Aidilfitri sebagai persediaan menyambut lebaran.
Kamarul Azman berkata, kunjungan tersebut turut melibatkan keterlibatan golongan belia dan mahasiswa.
“Aktiviti ziarah tersebut sentiasa dilaksanakan dalam mendekati penduduk. Kita juga sentiasa tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan,” katanya.-UTUSAN