UiTM Puncak Alam agih 11,700 pek bubur lambuk - Utusan Malaysia

UiTM Puncak Alam agih 11,700 pek bubur lambuk

ASMAH Awal (kanan) mengacau bubur lambuk sambil disaksikan mahasiswa dan kakitangan UiTM Cawangan Selangor dekat Puncak Alam di Kuala Selangor, Selangor. – UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBANYAK 11,700 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada mahasiswa dan kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor (UCS) di Puncak Alam menjadi antara pengisian program Ramadan universiti itu.

Menurut Pemangku Rektornya, Profesor. Dr. Asmah Awal, program yang dianjurkan baru-baru ini menyemarakkan hubungan antara warga UiTM yang bergotong-royong bersama-sama memasak 26 periuk bubur lambuk.

“Program tersebut adalah kali ketiga diadakan, sebelum ini hanya 24 periuk bubur lambuk disediakan oleh wakil fakulti dan pihak pentadbiran kampus. Program yang bertujuan menghidupkan bulan Ramadan dengan aktiviti mendidik jiwa melibatkan 500 warga UCS.

“Program yang diketuai Unit Hal Ehwal Islam akan diteruskan bagi mewujudkan masyarakat Madani di dalam UCS yang mempunyai jiwa yang mantap dan saling bekerjasama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya