Rakyat Perlis perlu peka terhadap kesihatan - Pemangku Raja Perlis - Utusan Malaysia

Rakyat Perlis perlu peka terhadap kesihatan – Pemangku Raja Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs di Masjid Assobirin Kampung Gial, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Masyarakat digalakkan mendapat rawatan susulan di klinik atau hospital berdekatan terutamanya bagi mereka yang sudah pun mengetahui menghidap sebarang penyakit kronik.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pesakit-pesakit yang dinasihatkan oleh pakar perubatan untuk membuat pemeriksaan susulan hendaklah mengambil langkah-langkah sewajarnya dengan tanpa melengah-lengahkannya lagi.

“Masyarakat di negeri ini perlu lebih pęka terhadap tahap kesihatan diri sendiri serta ahli keluarga tersayang masing-masing tanpa mengira peringkat umur.

“Nasihat pakar perubatan perlulah diambil secara serius” titah baginda ketika berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM91,000 kepada 130 asnaf terpilih di Masjid Assobirin Kampung Gial di sini semalam.

Ia melibatkan 73 penerima dalam kalangan anak kariah Kampung Gial dan 57 orang lagi dari kariah Kampung Guar Gajah dengan masing-masing menerima RM700.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, terdapat maklum balas dari pihak Jabatan Kesihatan negeri bahawa terdapat banyak kes di mana pesakit tidak datang untuk mendapatkan rawatan susulan walaupun telah diingatkan oleh para pegawai kesihatan.

Oleh itu, baginda menasihatkan agar masyarakat hendaklah mengamalkan sikap bermentaliti kelas pertama dalam segala tindakan supaya jangan memandang enteng akan isu kesihatan masing-masing supaya slogan ‘Perlis Hebat – Rakyat Hidup Sihat’ dapat direalisasikan dengan erti kata yang sebenarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya