Pendekatan dekati komuniti setempat - Utusan Malaysia

Pendekatan dekati komuniti setempat

KAMARUL Azman Khamis (kanan) dan Badrol Hisham Hashim (kiri) menziarahi Mohamad Yaakob di Kampung Banggol 9 di Kampung Banggol 9, Padang Sanai.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Pendekatan Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama komuniti setempat mengeratkan hubungan antara penduduk dan warga universiti berkenaan.

Dekan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Azman Khamis berkata, pendekaatan tersebut sentiasa dilakukan secara berterusan bagi mendekati masyarakat khususnya di kampung-kampung.

“Pendekatan UUM bersama komuniti masyarakat setempat dapat dilihat dengan keterlibatan bersama mereka sekali gus mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan,” katanya ketika menziarahi seorang penduduk, Mohamad Yaakob yang juga bekas Ketua Cawangan UMNO Kampung Banggol 9 di Kampung Banggol 9, Padang Sanai di sini hari ini.

Hadir sama, Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Badrol Hisham Hashim.

Tambah Kamarul Azman, kunjungan tersebut bagi meraikan Mohamad Yaakob khususnya sempena Ramadan penuh keberkatan ini.

“Di bulan yang penuh barakah ini kita dapat memgeratkan lagi ukhwah kekeluargaan sesama insan, pendekatan ini juga menunjukkan kecaknaan pemimpin bersama masyaratkat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya