60 pelajar tahfiz diraikan, majlis berbuka puasa meriah - Utusan Malaysia

60 pelajar tahfiz diraikan, majlis berbuka puasa meriah

ABDUL Halim Suleiman (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada pelajar tahfiz pada majlis berbuka puasa, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELAS terpancar keriangan pada wajah 60 pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Ulumuddin di Tebrau, Johor Bahru apabila dijamu dalam majlis berbuka puasa, baru-baru ini.

Lebih menggembirakan, mereka bukan sahaja dijamu, malah menerima sumbangan barang keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri oleh UMNO Bahagian Tebrau.

Sumbangan itu disampaikan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Abdul Halim Suleiman.

Majlis tersebut turut dihadiri lebih 500 orang, termasuk ahli UMNO bahagian berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya