50 pelajar asnaf KPTM Kota Bharu terima zakat - Utusan Malaysia

50 pelajar asnaf KPTM Kota Bharu terima zakat

SAHIDI Yaakob (tiga kiri) menyampaikan replika cek zakat Maiwp kepada wakil pelajar KPTM KB, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 50 pelajar Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu (KPTM KB), Kelantan dalam kategori asnaf menerima sumbangan zakat daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) sempena majlis berbuka puasa.

Agihan zakat tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPTM, Sahidi Yaakob.

Pada majlis tersebut seramai tujuh staf KPTM KB yang terpilih turut menerima sumbangan zakat itu.

Sumbangan zakat itu bertujuan meringankan beban pelajar selain memberi kegembiraan buat mereka menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya