ARAU: Seramai 243 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Ahmad Kuala Nerang disantuni dalam program santai sahur semalam.
Program tersebut turut disertai Dekan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Azman Khamis dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Datuk Badrol Hashim.
Turut bersama dalam program tersebut guru-guru pengiring pelajar sekolah berkenaan.
Kamarul Azman berkata, program tersebut diadakan bagi mendekati para pelajar khususnya sempena bulan Ramadan ini.
Katanya, UUM sentiasa mengadakan program-program bersama para pelajar sekolah ini.
“Selain itu ia juga sebagai tanda cakna antara pemimpin bersama masyarakat,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN