DEMI menyantuni masyarakat sekitar, warga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar menziarahi perkampungan Orang Asli Sungai Siput dalam memupuk semangat kebersamaan dengan komuniti itu.
Seramai 28 guru dan kakitangan sekolah tersebut mengikuti program tanggungjawab sosial korporat (CSR) diketuai Pengetua, Shahariman Abdul Rahman.
Sebanyak 17 keluarga Orang Asli sempat disantuni dengan turut diadakan slot motivasi oleh Pengetua sebagai memberikan sedikit kata-kata perangsang terutama anak-anak muda.
Turut disampaikan sumbangan keperluan makanan dan wang tunai kepada keluarga komuniti itu selain sumbangan permaidani surau oleh pihak Group Dana Infaq. – UTUSAN