LEBIH 50 skuad Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Gua Musang, Kelantan mengadakan konvoi bermotosikal bagi menyampaikan mesej bahaya penyalahgunaan dadah.
Konvoi bermula dari Masjid Razaleigh di Bandar Lama sehingga ke Kampung Pulai diselitkan dengan ceramah serta program motivasi.
Pada masa sama, solat duha turut diadakan bagi menyuntik unsur kerohanian dalam kalangan peserta. – UTUSAN