Siswazah UKM-GSB perkasa usahanita Sungai Gumut - Utusan Malaysia

Siswazah UKM-GSB perkasa usahanita Sungai Gumut

UKM-GSB
SERAMAI lapan siswazah UKM-GSB terlibat menganjurkan Projek Stitch-Us dekat PKD Sungai Gumut, di Hulu Selangor, Selangor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Sekumpulan lapan siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melaksanakan program pemerkasaan wanita desa dengan menganjurkan latihan seperti menjahit, memasak dan pemasaran dalam talian.

Program yang dinamakan sebagai ‘Projek Stitch-Us’ itu dianjurkan untuk memberi manfaat kepada komuniti Kampung Gumut Tambahan dan kawasan berdekatan apabila didedahkan dengan bimbingan keusahawanan.

Menurut Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohamad Hanafie Basri, penganjuran program berkenaan wajar dimanfaatkan penduduk setempat apabila dilaksanakan dengan bantuan peralatan yang lengkap.

“Saya dimaklumkan mereka (mahasiswa) sendiri mencari dana bagi menyedia dan melengkapkan Pusat Komuniti Desa (PKD) ini dengan satu pusat jahitan khas yang dilengkapi dengan mesin-mesin jahit, kelengkapan jahitan, dan perabot-perabot.

“Ini menjadikan pusat jahitan boleh diguna pakai oleh penduduk setempat untuk mengikuti pelbagai jenis program atau kelas jahitan dan juga boleh menggunakan kemudahan yang ada di sini bagi membantu penduduk setempat untuk menghasilkan produk (hasil jahitan) mereka, sekaligus dapat menjana pendapatan dan meningkat taraf hidup,” katanya ketika merasmikan program tersebut baru-baru ini.

Sementara itu, mahasiswa daripada Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan UKM (UKM-GSB) dalam satu kenyataan memaklumkan matlamat utama Projek Stitch-Us bertujuan menyediakan platform untuk masyarakat luar bandar belajar menjahit serta memberi bimbingan keusahawanan melalui peluang perniagaan.

“Antaranya belajar menjahit, memasak, kelas pemasaran online dan banyak lagi. Oleh yang demikian, kami memilih untuk menjadikan PKD Sungai Gumut sebagai lokasi Projek Stitch-Us,” ujarnya.

Projek tersebut turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Persatuan Pusat Seni Jahitan Kreatif Malaysia serta PKD Sungai Gumut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya