SAMBUTAN Hari Peringatan Polis Ke-216 peringkat Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di Alor Setar tahun ini berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya yang sering dilangsungkan di pekarangan IPD berkenaan.
Kali ini, pihak pengurusan IPD tersebut diketuai Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengambil keputusan mengadakan sambutan tersebut di Dataran Medan Bandar yang terletak berdepan bangunan ikonik bandar raya ini, Masjid Zahir.
Selain memiliki latar belakang cukup cantik, sambutan di tengah-tengah bandar raya Alor Setar itu juga lebih bermakna kerana dapat dihadiri lebih ramai orang awam termasuk pelancong dari luar negara. – UTUSAN