PERSATUAN Wartawan Perlis (PWP) bersama kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di negeri ini mengeratkan lagi jalinan ukhuwah menerusi penganjuran perlawanan badminton persahabatan baru-baru ini.
Menerusi perlawanan yang berlangsung di Mo Q Sport Arena, pengamal media dan kakitangan RTM telah mempamerkan aksi kesukanan yang tinggi bagi bersama-sama memupuk budaya sihat dalam kalangan peserta yang sentiasa sibuk dengan tugasan harian.
Presiden PWP, Syed Azlan Sayid Hizar berkata, sukan merupakan platform yang berkesan dalam mewujudkan jalinan ukhuwah lebih mesra dan disebabkan itu penganjuran program sedemikian akan diteruskan lagi pada masa hadapan melibatkan ahli persatuan bersama pelbagai agensi atau jabatan lain di negeri ini.
“Jika kita lihat sukan merupakan komponen paling baik dalam mengeratkan hubungan antara dua pihak malah dalam masa sama, ia juga dapat mempromosikan budaya hidup sihat dalam kalangan peserta,” katanya. – UTUSAN