Pesuruhjaya Polis Sabah ziarahi bekas anggota uzur - Utusan Malaysia

Pesuruhjaya Polis Sabah ziarahi bekas anggota uzur

IDRIS Abdullah (dua kiri) bersama pegawai kanan melawat bekas anggota Skuad 69 Sabah di Kampung Perpaduan, Kudat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRIHATIN dengan nasib bekas anggota polis yang uzur, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah mengambil kesempatan menziarahi bekas anggota Skuad 69 Sabah di Kampung Perpaduan, Kudat.

Dalam lawatan yang diiringi Ketua Polis Daerah Kudat, Superintenden Mohd. Firdaus Francis Abdullah itu, Idris menyampaikan sumbangan kepada Ali Akhbar Boyoh yang sedang uzur.

Malah Idris turut mengarahkan agar pemasangan bekalan elektrik dan air dilakukan di kediaman bekas anggota Skuad 69 tersebut.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 Sabah menghargai keprihatinan Pesuruhjaya Polis Sabah yang sanggup turun ke lapangan melawat bekas anggota mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya