BAGI mengenang jasa mereka yang pernah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat, pihak Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu mengadakan satu majlis ringkas penyerahan pingat kepada pesara terlibat.
Mereka sebelum ini pernah berkhidmat sebagai anggota polis dalam daerah Kubang Pasu, Kedah.
Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) itu disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan di IPD Kubang Pasu, Jitra. – UTUSAN