FPEP UMS anjur program pemindahan ilmu - Utusan Malaysia

FPEP UMS anjur program pemindahan ilmu

DEKAN FPEP, Prof. Madya Dr. Mohd. Rahimie Abd. Karim (depan tiga dari kanan) bersama peserta program pemindahan ilmu di Kampung Sayap, Kota Belud, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FAKULTI Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan program pemindahan ilmu kepada komuniti melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Kampung Sayap, Kota Belud baru-baru ini.

Menurut Pengarah Program Universiti Bersama Komuniti, Dr. Tini Maizura Mohtar, program tersebut bertujuan memberi kesedaran melalui pemindahan ilmu kepada penduduk kampung tentang kepentingan kebersihan, kesihatan dan keselamatan makanan dalam pengurusan sulap sebagai potensi produk baharu dan perkhidmatan pelancongan.

“Selain itu, program ini juga bertujuan memupuk semangat kesukarelaan dalam diri warga FPEP melalui aktiviti kesukarelaan dan libat sama bersama agensi kerajaan, bukan kerajaan dan komuniti.

“Di samping itu, program ini juga dapat membantu meningkatkan kualiti kehidupan penduduk dan ekonomi setempat melalui nilai tambah dalam ilmu berkaitan pelancongan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya