SERAMAI 140 ahli kelab Famili Bukit Besar (BB) Hikers teruja mendaki puncak Bukit Jelutong di Kampung Kepah, Hulu Terengganu, Terengganu, baru-baru ini.
Bukit Jelutong yang mempunyai ketinggian 200 meter dari paras laut menyajikan pemandangan menarik berlatarbelakang gumpalan awan dikenali ‘awan karpet’.
Menurut ketua program itu, Amalia Mohd. Yusof, peserta memulakan pendakian secara santai di bukit tersebut seawal pukul 6.45 pagi.
“Peserta cukup bersemangat mendaki bukit tersebut dan tidak sabar sampai di puncak bukit itu untuk menyaksikan ‘awan karpet’,” katanya. – UTUSAN