Generasi masa depan perlu dididik dengan budaya solat berjemaah - Utusan Malaysia

Generasi masa depan perlu dididik dengan budaya solat berjemaah

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kanan) berkenan menyerahkan sumbangan kepada salah seorang asnaf yang layak menerima agihan bantuan daripada MAIPs di Simpang Empat, Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Generasi masa hadapan di Perlis perlu sentiasa dididik dengan budaya solat berjemaah yang terbukti dapat membina ukhwah lebih utuh dalam kalangan masyarakat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sikap keprihatinan dalam kalangan masyarakat Islam sesungguhnya terbina dengan budaya solat secara berjemaah.

Titah baginda, justeru itu, setiap ibu bapa perlu memainkan peranan dengan bersama-sama mendidik anak masing-masing supaya dapat menyemarakkan sikap cintakan masjid.

“Dalam konteks pendidikan anak-anak, maka guru-guru dan ibu bapa diseru agar terus menerus berusaha menanam akhlak Islam yang mulia dalam diri anak-anak supaya lahir keluarga yang sejahtera.

“Apabila lahir keluarga yang sejahtera, maka sudah tentu masyarakat juga akan menjadi masyarakat yang sejahtera,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada asnaf terpilih sekitar kawasan Simpang Empat di sini hari ini.

Penyerahan sumbangan itu melibatkan seramai 140 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al-Hidayah, 70 penerima asnaf daripada kariah Masjid Jamek Kampung Binjal dan 70 penerima asnaf dalam kalangan kariah Masjid Al-Hidayah, Kg. Titi Beratap.

Menerusi agihan sumbangan itu, setiap penerima mendapat wang tunai RM700 setiap seorang meliputi jumlah keseluruhan sebanyak RM98,000.

Bersempena program itu, turut diadakan aktiviti pemeriksaan kesihatan bertemakan ‘Perlis Hebat! Rakyat Perlis Hidup Sihat’ kepada para penerima yang hadir dengan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya