UDA Holdings komited laksana CSR dekati masyarakat setempat

UDA Holdings komited laksana CSR dekati masyarakat setempat

uda holdings
NORLIZA Abdul Rahim (dua dari kiri) menyampaikan replika cek bernilai RM104,000 kepada Pengerusi Yayasan Melayu Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar sempena Program Qurban Perdana UDA 2022 di George Town, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Syarikat pemaju hartanah, UDA Holdings Berhad (UDA) sentiasa komited dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat setempat menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA Cares yang dilaksanakan setiap tahun.

Pengerusinya, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, antara program CSR yang dilaksanakan termasuk mendekati komuniti di wilayah perniagaan UDA seluruh negara menerusi program UDA Cares Educational: Back To School yang bertujuan meringankan beban golongan memerlukan dalam menyediakan persiapan anak-anak kembali ke sekolah sekitar Mac lalu.

Selain itu tambahnya, UDA turut memperkemas program CSR menerusi penganjuran Majlis Syukuri Ramadan di seluruh wilayah perniagaan UDA bagi meringankan beban komuniti memerlukan membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Ujarnya, sumbangan yang diagihkan khusus kepada anak-anak asnaf itu merangkumi baju raya, kasut raya dan duit raya.

NORLIZA Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Operasi UDA Land North Sdn. Bhd., Zainudin Deni membantu melancarkan Program Qurban Perdana UDA 2022
di George Town, Pulau Pinang, baru-baru ini.

“Malah, UDA turut memperuntukkan sumbangan 72 ekor lembu di sembilan buah negeri di Semenanjung menerusi Program Qurban Perdana UDA 2022 bagi mengimarahkan sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini antaranya Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Pahang dan Terengganu.

“Program korban tersebut diadakan secara serentak di seluruh Malaysia bermula 10 hingga 11 Julai lalu, yang mana kemuncak program telah berlangsung di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Gelugor di Kampung Gelugor di sini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Norliza berkata, UDA giat memperkasa pemilikan hartanah dengan menyediakan kediaman dan komersial untuk semua peringkat termasuk golongan B40, M40 dan T20 di Pulau Pinang.

“Setakat ini, hampir 20,000 unit kediaman dibangunkan oleh UDA di Pulau Pinang. Lebih 13,000 unit kediaman telah dibangunkan, manakala anggaran 6,000 unit kediaman masih dalam pelaksanaan.

“Bagi unit komersial seperti kedai dan lain-lain pula, UDA membangunkan hampir 1,000 unit di mana anggaran 900 unit telah dibangunkan, manakala 100 unit lagi masih dalam pelaksanaan,” katanya.

NORLIZA Abdul Rahim mengagihkan daging korban pada Program Qurban Perdana UDA 2022 di George Town, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, antara pembangunan yang dilaksanakan UDA dapat dilihat di beberapa kawasan seperti The Brezza Condominium di Tanjung Tokong, Evoke Residence di Taman Pauh Jaya Prai, dan Crescent Dew Lakehomes di Kepala Batas.

“Istimewanya pembangunan hartanah UDA di negeri Pulau Mutiara ini adalah pembangunan hartanah wakaf yang telah membuktikan komitmen UDA dalam menggalas peranan meningkatkan pemilikan hartanah terutamanya di kawasan bandar.

“Malah, UDA menjadi peneraju pembangunan hartanah wakaf di negara ini menerusi pembangunan tanah Wakaf Seetee Aisah 1, di Seberang Jaya, dekat Butterworth,” katanya.

Norliza menambah, hasil kejayaan pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah membuka peluang untuk UDA meneroka dengan lebih luas lagi dalam segmen pembangunan hartanah wakaf di Pulau Pinang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya