PETALING JAYA: Kerajaan digesa menggantung import daging dari semua rumah sembelihan di Australia susulan tiga lagi dikesan melanggar protokol halal. Penggantungan itu bagi membolehkan satu siasatan menyeluruh dilakukan demi kepentingan umat Islam di negara ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Faizan Mohd. Nor berkata, penggantungan sementara kemasukan daging-daging dari semua rumah sembelihan di negara itu perlu dilakukan sehingga kerajaan selesai menyiasat kesangsian status halal dan pelanggaran protokol sembelihan di semua premis terlibat. Menurut beliau, dakwaan tiga lagi rumah sembelihan di negara itu yang turut melanggar protokol…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya