Segera tangani bekalan ayam, kos sara hidup - DAP - Utusan Malaysia

Segera tangani bekalan ayam, kos sara hidup – DAP

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu memastikan penternak dan seluruh rantaian bekalan ayam tidak kerugian dengan pelaksanaan  bantuan subsidi yang mencukupi dan akhirnya mampu menampung kenaikan kos luar biasa.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, walaupun Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyediakan peruntukan RM528.52 juta untuk pemberian subsidi RM0.60 sen/sekilogram, namun kadar itu perlu disemak semula selari dengan tekanan kos dedak yang terus  tinggi.

Menurut beliau, DAP berpendirian dasar menetapkan harga siling untuk ayam sebagai barang kawalan perlu diteruskan kerana kos sara hidup semakin tinggi yang menjadi tekanan paling besar untuk kebanyakan rakyat.

“Bantuan subsidi perlu dilaksanakan tanpa karenah birokrasi dan disalurkan kepada penternak dengan segera. 

“Keputusan kerajaan membatalkan syarat AP untuk mengimport bahan makanan bukan formula “silver bullet” yang akan menyelesaikan masalah kenaikan harga barang makanan dan memastikan bekalan tidak terputus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Anthony, hal ini kerana setiap negara sedang bergelut dengan masalah keselamatan makanan domestik masing-masing dan negara-negara pengeluar utama akan memberikan tumpuan kepada keperluan mereka sendiri terlebih dahulu. 

Tambahan pula katanya, dengan nilai mata wang Ringgit yang lemah, maka import makanan  melibatkan harga belian yang lebih tinggi. 

“Kerajaan Persekutuan seharusnya bertindak segera dengan melibatkan semua kerajaan negeri untuk menyediakan tapak tanah secara besar-besaran dengan secepat mungkin untuk tujuan penanaman bijirin untuk mengurangkan kebergantungan kepada import,” katanya.

Selain itu, kata beliau, kerajaan juga perlu  bertindak segera untuk memastikan bekalan ayam di pasaran sentiasa mencukupi dengan menyelesaikan masalah tekanan kos dalam kalangan peternak kerana ayam adalah sumber makanan utama rakyat Malaysia.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya