PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengambil tindakan sewajarnya untuk melengkapkan siasatan berhubung isu pelanggaran protokol halal sebuah rumah penyembelihan di Australia. Dalam satu artikel kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff menegaskan, ini termasuk mengesyorkan tindakan sepatutnya untuk mempertahankan prosedur dan pematuhan halal. Tegasnya, jika terbukti berlakunya pelanggaran prosedur dan pematuhan halal terhadap mana-mana badan atau loji sembelihan berkenaan, Jakim dengan penuh rasa bertanggungjawab dan integriti akan mengambil tindakan sewajarnya. Menurut beliau, khusus di Australia, Jakim telah meletakkan pegawai Atase Halal di Kedutaan Besar Malaysia di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya