Pekerja TNB berdepan risiko tinggi banteras sindiket lombong bitcoin - Utusan Malaysia

Pekerja TNB berdepan risiko tinggi banteras sindiket lombong bitcoin

BAHARIN DIN ketika dalam sidang akhbar di Cyberjaya hari ini.-UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dipatuk ular dan digigit anjing malah, turut disimbah air, cat dan asid oleh sindiket lombong bitcoin.

Itu antara dugaan dihadapi pekerja Tenaga Nasional Bhd. (TNB) sepanjang terbabit operasi mencegah aktiviti kecurian elektrik membabitkan sindiket lombong bitcoin di seluruh negara sejak dua tahun lalu.

Pendedahan itu dibuat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk IR Baharin Din pada sidang akhbar khas Ops Power bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Baharin berkata, beliau berterima kasih kepada warga TNB yang bertungkus lumus mencegah aktiviti itu sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya juga berterima kasih kepada SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Tenaga (ST) kerana bekerjasama membanteras aktiviti memudaratkan ini.

“Kami mula mengesan aktiviti kecurian elektrik untuk perlombongan bitcoin ini sejak 2018 dengan 610 kes kecurian dilaporkan namun, ia semakin meningkat dengan 3090 kes direkodkan tahun lalu.

“Kami akui sudah tidak larat untuk mencegah aktiviti ini sehingga terpaksa bekerjasama dengan SPRM dan pihak berkuasa lain memandangkan kami ada kekangan dan batasan dari segi undang-undang.

“Kami boleh katakan frekuensi aktiviti kecurian elektrik ini semakin meningkat dan ia semakin memudaratkan serta berisiko tinggi terhadap keselamatan jika tercetusnya kebakaran,” katanya.

Katanya, ia juga memudaratkan kerana jumlah elektrik yang dicuri adalah sangat besar dan ia berterusan selama 24 jam sehari serta 360 hari setahun.

Ditanya samada TNB merancang untuk memberikan harga atau kadar tarif khas kepada operator bitcoin ini pada masa depan, Baharin berkata, pihaknya sudah mengemukakan cadangan itu kepada ST untuk diteliti.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ST, Abdul Razib Dalwood berkata, pihaknya akan meneliti akta serta peruntukan sedia ada bagi mencegah aktiviti kecurian elektrik
bagi perlombongan bitcoin pada masa depan. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya