Wanita kerdil lahir bayi sulung seberat 2.35 kilogram - Utusan Malaysia

Wanita kerdil lahir bayi sulung seberat 2.35 kilogram

SYAKILA Norazma Amira Zuharsema dan Muhammad Azri Zaidi teruja dengan kelahiran bayi sulung mereka di Kampung Pengkalan Ajal di Hulu Terengganu, hari ini. - NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Wanita kerdil dari Kampung Pengkalan Ajal di sini yang sebelum ini tular kerana kisah perkahwinannya, selamat melahirkan bayi sulung seberat 2.35 kilogram, Jumaat lalu.

Syakila Norazma Amira Zuharsema, 28, berkata, cahaya mata lelakinya, Muhammad Ayden Adrian Muhammad Azri dilahirkan secara pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu pada pukul  1.47 petang.

Katanya, proses kelahiran itu terpaksa dibuat sebulan lebih awal atas nasihat doktor demi keselamatan ibu dan anak.

“Tarikh jangkaan bersalin adalah pada 25 Februari ini, tetapi disebabkan keadaan fizikal saya yang cuma berketinggian 118 sentimeter, maka boleh memberi risiko kepada bayi dalam kandungan.

“Walaupun bersalin lebih awal, tetapi, saya bersyukur kerana anak saya tiada apa-apa masalah kecuali penyakit kuning,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Menurut Syakila Norazma Amira, kelahiran Muhammad Ayden Adrian menguatkan lagi kasih sayangnya dan suami,  Muhammad Azri Zaidi, 20, sekali gus berharap bayi mereka dapat membesar dengan sihat.

“Semasa kisah perkahwinan saya tular, macam-macam komen diberikan warganet termasuk soal mengandung dan bersalin hanya disebabkan saya kerdil. Bagi saya, tiada apa yang mustahil dengan izin Allah SWT,  malah, kami berdua cukup bahagia dengan kehadiran cahaya mata ini,” katanya.

Syakila Norazma Amira dan suami berkahwin pada 18 Mac 2021 selepas  berkenalan menerusi permainan dalam talian, PUBG. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya