Tiga tahun tunggu jalan rosak dibaiki - Utusan Malaysia

Tiga tahun tunggu jalan rosak dibaiki

MUHAMMAD Ibrahim dan Norazura Jat menunjukkan keadaan jalan yang rosak di Kampung Bendang Pulai, Pendang hari ini. - UTUSAN/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Lebih 1,200 penduduk di tiga kampung yang menggunakan jalan bendang ke Bukit Mak Inson dan Kampung Baru di sini berdepan masalah jalan rosak dan berlubang sejak tiga tahun lalu.

Dakwa penduduk, walaupun masalah tersebut telah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan pemimpin setempat, namun jalan tersebut masih tidak dibaik pulih.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bendang Pulai, Bukit Tegor dan Bendang Bawah, Abdul Rashid Ismail, 56, berkata, dia kesal dengan kelewatan membaik pulih jalan sepanjang tujuh kilometer yang menjadi laluan utama penduduk.

“Saya sendiri membuat beberapa laporan berhubung dengan masalah tersebut yang berlarutan sejak tiga tahun lalu kepada pihak berkuasa dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob, namun masih gagal dibaiki,” katanya semasa ditemui di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati terdapat lebih 10 lubang besar dan membahaya, selain bahu jalan pecah dan berlopak dipenuhi air.

Penduduk, Muhammad Ibrahim, 27, berkata, jalan itu digunakan sebagai jalan utama penduduk keluar bekerja, memasarkan hasil tanaman dan berulang-alik menghantar anak ke sekolah sama ada di Bukit Mak Inson atau Kampung Baru,Sungai Tiang.

“Keadaan jalan yang banyak lubang dan ditakungi air ketika hujan membahayakan pengguna terutama penunggang motosikal.

“Malah banyak tayar kenderaan pecah ketika melalui jalan berlubang-lubang itu,” katanya.

Penduduk, Norazura Jat, 40, berkata, sebelum ini, difahamkan banyak kemalangan membabitkan penunggang motosikal akibat keadaan jalan yang rosak itu.

“Kami penduduk mengharapkan jalan tersebut dibaik pulih dengan segera untuk keselesaan dan keselamatan penduduk dan pengguna lain,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya