Penternak kerugian lebih RM30,000 - Utusan Malaysia

Penternak kerugian lebih RM30,000

PAGAR di ladang penternak yang rosak akibat serangan gajah liar di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) di Dungun, Terengganu, hari ini. -UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Dua penternak lembu di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) di sini kerugian lebih RM30,000 selepas sekumpulan gajah liar menceroboh ladang dan memusnahkan tanaman rumput napier diusahakan mereka.

Dalam kejadian Khamis lalu, kumpulan gajah itu bukan sahaja memusnahkan rumput napier dan lebih 10 pokok pisang yang ditanam, malah turut memusnahkan struktur pagar di kawasan ladang seluas 240 hektar berkenaan.

Seorang penternak, Mohd. Arifin Mamat, 58, berkata, insiden itu pertama kali berlaku sepanjang empat tahun dia dan rakan menternak lembu.

“Kawasan ladang ini merupakan laluan gajah kerana berhampiran hutan tetapi kami terkejut kerana ia sudah mula menceroboh,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Seorang lagi penternak, Abdul Wahab Mohd. Amin, 60, berkata, kes serangan gajah liar itu menambah kebimbangannya terhadap keselamatan lebih 200 lembu yang diternak mereka.

“Apabila pagar rosak tentunya kami risau kemunculan harimau kumbang dan babi kerana terletak berhampiran hutan,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, pihaknya telah memaklumkan kejadian tersebut kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya