Makan sambil didendang lagu penyanyi popular, lagenda di Cafe Mari's Buffet - Utusan Malaysia

Makan sambil didendang lagu penyanyi popular, lagenda di Cafe Mari’s Buffet

NURUL AQILAH ZAFRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Idea menjemput penyanyi popular dan lagenda membuat persembahan ‘akustik’ eksklusif pada setiap bulan menjadi antara tarikan buat pengunjung Cafe Mari’s Buffet yang terletak di pusat bandar raya ini.

Sambil menikmati juadah-juadah enak disediakan, penonton dihiburkan dengan persembahan artis yang pastinya akan meninggalkan kepuasan tersendiri dan kenangan indah buat penonton.

Mula dibuka pada awal bulan lalu, antara penyanyi lagenda yang telah membuat persembahan di Cafe Mari’s Buffet adalah Ameng pada 18 Februari lalu. 

Pengarah Pengurusan Cafe Mari’s Buffet, Datin Nurul Aqilah Zafri berkata, kehadiran Ameng mendapat sambutan begitu menggalakkan daripada peminat vokalis kumpulan Spring tersebut. 

“Oleh sebab itu, pada 19 Februari lalu, Ameng sekali lagi membuat persembahan di Cafe Mari’s Buffet atas permintaan tinggi daripada peminatnya kerana kapasiti yang dihadkan oleh kami seramai 66 orang sahaja dalam satu masa untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ditetapkan. 

“Alhamdulillah konsep diperkenalkan oleh Cafe Mari’s Buffet ini iaitu makan sambil mendengar nyanyian artis popular dan lagenda disambut baik oleh orang ramai khususnya di Kuantan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Nurul Aqilah berkata, pada 26 Februari ini, Cafe Mari’s Buffet akan menampilkan seorang lagi penyanyi lagenda, Datuk Nash dan juga gitaris tersohor, Man Kidal.

“Insya-Allah selepas ini kita bakal menampilkan lebih ramai lagi barisan artis yang bakal diundang demi membuat persembahan khas untuk warga Pahang serta orang ramai yang mengunjungi cafe kami,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, Cafe Mari’s Buffet beroperasi dua waktu iaitu menyediakan juadah secara buffet pada waktu petang “hi-tea” dengan pelbagai jenis kuih muih tradisional dan makanan melayu.

“Pada waktu malam “dinner” kami menyediakan buffet pelbagai lauk pauk tradisional dengan pilihan nasi putih, nasi lemak dan nasi minyak. 

“Turut disediakan steamboat untuk dinikmati seisi keluarga dan menu istimewa kami pada hujung minggu kambing golek dan makanan laut BBQ yang enak dan menyelerakan,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya