Bekas pemandu lori hasilkan pasu bunga guna tayar terpakai - Utusan Malaysia

Bekas pemandu lori hasilkan pasu bunga guna tayar terpakai

HASLIZAN Hasrin menunjukkan pasu bunga daripada tayar terpakai yang siap digubah di rumahnya di Kampung Parit Haji Rashid, Tanjung Air Hitam, di Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Bermula dengan hanya bertujuan untuk mengisi masa lapang, kini Haslizan Hasrin hampir ‘tidak menang tangan’ memenuhi permintaan pelanggan untuk memiliki pasu bunga daripada tayar terpakai.

Menurut Haslizan, 31, dia sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori treler, namun berhenti disebabkan kurang tempahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan turut membantu keluarga di kebun kelapa sawit bagi menampung perbelanjaan.

Katanya, selepas bapa meninggal dunia pada bulan April tahun lalu, dia terus mengambil alih kerja-kerja di kebun kelapa sawit berkenaan dan turut mengisi lapang dengan membuat pasu bunga menggunakan tayar.

“Saya baharu sahaja memulakan projek mencipta pasu bunga ini dengan membeli tayar terpakai di kedai berhampiran dan tidak menyangka menerima sambutan baik daripada orang ramai yang melihatnya.

“Setakat ini saya dan isteri, Nur Izzahrina Mohd. Khair hanya membuat pasu bunga yang dijual dengan dua harga iaitu RM25 dan RM30 bergantung kepada lukisan yang dibuat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Parit Haji Rashid, Tanjung Air Hitam, di sini.

Tambah Haslizan, memandangkan dia tidak lagi bertugas sebagai pemandu lori, tumpuan kini boleh diberikan sepenuhnya kepada kerja-kerja membuat pasu tersebut selain mengusahakan tanaman kelapa sawit di kebun peninggalan arwah bapanya.

Katanya, setakat ini sebanyak 25 biji pasu tayar telah terjual kepada jiran-jiran dan kenalan setelah mereka melihat kecantikan pasu tersebut yang dilukis dengan pelbagai corak dan bentuknya.

Selain pasu bunga, dia juga bercadang untuk membuat pelbagai reka bentuk lain bentuk pasu bagi memberikan banyak pilihan kepada pembeli seperti hiasan rumah, kerusi meja dan sebagainya.

“Kami ada perancangan untuk mempelbagaikan produk seperti yang dilihat di media sosial dan akan cuba juga memenuhi permintaan daripada pelanggan selepas ini mengikut kehendak mereka,” ujarnya.

Sesiapa yang berminat untuk membeli pasu bunga dari tayar terpakai boleh berkunjung ke rumah Haslizan atau menghubunginya di talian 010-5180277. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya