Babi banyak di Melaka sebab penjajah - Utusan Malaysia

Babi banyak di Melaka sebab penjajah

KHALID HUSSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Populasi babi hutan yang banyak di Melaka berpunca daripada sikap penjajah yang tidak cakna dengan sensitiviti masyarakat Melayu, apabila membawa masuk haiwan itu tanpa sekatan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad), Khalid Hussin berkata, kemasukan babi yang tidak terkawal menyebabkan ia membiak sekaligus menggandakan jumlah populasinya dalam masa singkat.

Jelas beliau, akibatnya penduduk yang tinggal di kawasan kampung serta berhampiran habitat asal haiwan liar akan berasa terancam kerana ia sering dilihat berkeliaran dan mengganggu orang ramai.

“Jangan kata babi hutan, babi yang diternak untuk tujuan komersial pun dibiarkan bebas sekitar tahun 1960-an dulu. Saya masih ingat pada masa dahulu banyak babi di Bukit Godek. Habis kawasan sekitar dibuat tempat berkubang.

“Pada zaman penjajah, penternakan babi tiada sekatan serta bebas dipelihara seperti ternakan kambing dan lembu. Bagaimanapun, pada pertengahan tahun 1970-an orang Melayu mula ada kesedaran dan membantah penternakan di kawasan bebas.

“Kerajaan juga diminta mengawal penternakan babi. Selepas itu barulah haiwan berkenaan dipindahkan ke tempat lain dan lebih terkawal,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka telah menghapuskan sebanyak 1,287 ekor babi hutan pada tahun lalu.

Baru-baru ini, selepas hampir beberapa minggu memburu babi hutan yang mengganggu penduduk Kampung Kelongkong, Tanjung Kling dekat sini, akhirnya empat ekor haiwan itu tumbang dalam operasi dilakukan Perhilitan.

Tambah Khalid, kehadiran mamalia itu ke penempatan manusia juga berpunca daripada kemusnahan habitat asal, susulan kelemahan dalam aspek pengurusan hutan.

Katanya, babi hutan memiliki kemahiran untuk beradaptasi dengan persekitaran bagi tujuan kelangsungan hidup.

“Haiwan ini boleh hidup di mana-mana. Di Pulau Nangka pun banyak babi hutan.

“Paling penting adalah menguruskan hutan dengan sebaiknya dan menjaga kebersihan di kawasan tempat tinggal agar haiwan ini tidak mengganggu manusia,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya