Aidilfitri: Baju Melayu putih paling banyak ditempah - Utusan Malaysia

Aidilfitri: Baju Melayu putih paling banyak ditempah

ZAIMAH Mahani Abu Bakar tekun menjahit tempahan baju raya pelanggan di kedainya di tingkat atas, Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tempahan baju Melayu berwarna putih paling banyak diterima seorang tukang jahit di daerah ini bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak lama lagi.

Zaimah Mahani Abu Bakar, 61, berkata, warna itu menjadi pilihan rata-rata pelanggannya sejak tempahan baju raya dibuka akhir tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, baju berkenaan bukan milik bakal pengantin yang akan meraikan perkahwinan pada bulan Syawal.

“Sepanjang lebih 30 tahun menjahit, tahun ini paling banyak tempahan baju Melayu berwarna putih di samping merah jambu pudar.

“Berbeza pula dengan baju kurung kerana fabrik yang dihantar pelanggan terdiri daripada pelbagai warna,” katanya ketika ditemui di kedainya di tingkat atas, Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini hari ini.

Zaimah Mahani berkata, harga bagi sepasang baju Melayu ialah RM130 untuk pelbagai rekaan termasuk klasik, moden mahu pun kurta.

Katanya, bagi baju kurung pula harga yang ditetapkan ialah RM45 untuk kurung biasa manakala moden (RM60) dan kebaya (RM70).

“Bermula lebaran kali ini, harga baju wanita di kedai saya dinaikkan sebanyak RM5 bagi setiap rekaan kerana peningkatan kos barangan jahitan termasuk span dan lain-lain.

“Kali terakhir harga dinaikkan adalah tiga tahun lalu, walaupun ada perubahan harga tetapi sambutan diterima amat menggalakkan dan hingga kini saya ada 200 lagi tempahan untuk disiapkan,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya